Searching...
Wednesday, January 27, 2016
4:19 PM 0

Dulunya budak perempuan 5 tahun yang comel ini sering dihina dan dikritik, namun setelah membesar menjadi dewasa inilah 5 foto terbarunya pada umur 19 tahun yang betul-betul menggerunkan


Dulunya budak perempuan 5 tahun yang comel ini sering dihina dan dikritik, namun setelah membesar menjadi dewasa inilah 5 foto terbarunya pada umur 19 tahun yang betul-betul menggerunkan.

Tak hairanla kalau kita lihat wajah budak itu masih kecil, memang comel sangat...apatah lagi kalau dah jadi dewasa, memang cun melecun. Tu dia saksikan 5 foto di bawah.


V


V


V


V








Wednesday, December 9, 2015
7:18 AM 0

Masih ingat 3 foto rumah mewah Fizo Omar dan Mawar yang pernah didedahkan dulu, tapi jangan terkejut beruk pula lihat 6 foto terbaru rumah mewah mereka


Pasangan Fizo Omar dan Mawar sememangnya sering kali menjadi perhatian orang ramai dek kerana beberapa siri kontroversi yang dikaitkan dengan nama mereka sebelum ini.

Begitupun, mereka berjaya menepis dan bertahan dengan semua tomahan dan kritikan dari peminat. Kini nama Fizo dan Mawar sudah semakin jarang disebut-sebut.

Akhirnya, semua kontroversi lalu reda juga meskipun memakan sedikit masa.

Nah... kat SINI kami ingin kongsikan 6 foto terbaru rumah mewah Fizo Omar dan Mawar.

Tuesday, November 17, 2015
8:13 PM 0

Masih ingat Janet Jackson adik perempuan Raja Pop Michael Jackson yang memeluk Islam 2 bulan lalu, inilah 6 foto wajah terbarunya yang pasti mengejutkan umat Islam


Selepas pemberitaan yang simpang-siur selama kurang lebih tiga tahun belakangan ini, Janet Jackson akhirnya dinyatakan banyak media telah resmi memeluk agama Islam.

Diva yang kini berusia 49 tahun, dinyatakan seorang sumber yang dikutip media The Daily Star, memiliki ketertarikan untuk mempelajari Islam setelah ia menikahi pengusaha muslim, Wissam Al Mana pada 2012.

Bahkan, masih menurut penilaian media itu, terdapat banyak perubahan dalam diri Janet saat menggelar konser terakhirnya, yakni mengubah tampilan gerak panggung serta penampilannya yang biasanya tampil seksi dan mencolok.

Dalam beberapa tahun terakhir adik mendiang Michael Jackson itu memang begitu serius me­melajari Islam.

“Janet merasa seperti dia telah menemukan ru­mah dengan agama barunya dan telah mengatakan kepada anggota keluarganya, yang benar-benar menghormati pilihannya,” kata seorang sumber kepada The Sun.

Kini menurut situs berita The Sun, Janet yang mualaf telah menghabiskan banyak waktu mem­pelajari agama sama seperti pengikut islam lain­nya. “Hari-hari gerakan tarian dan lirik bernada seksual sudah lama berlalu untuk Janet,” kata sumber itu.

Dalam laporan beberapa surat kabar, pada akhir tur dunianya yang bertajuk ‘Unbreakable’, kalimat “Insya Allah” beberapa kali meluncur dari mulutnya.

Sementara itu, Janet batal tampil dalam acara iHeartRadio pekan lalu. Dia sebelumnya dijad­walkan menghibur di MGM Grand Garden Arena bersama Kanye West, Kanye West, The Killers, Coldplay, Kenny Chesney, Blake Shelton, The Weekend, Duran Duran, Lil Wayne, David Guetta dan banyak lagi.

Las Vegas Review-Journal melaporkan, pem­batalan terjadi akibat masalah telinga yang diderita Janet. Untungnya, jadwal tur dunia Un­breakable Janet tidak terganggu akibat masalah di telinganya.

Tur leg kedua untuk mendukung album terba­runya ini akan dimulai pada 12 Januari 2016, di Portland, OR dan berakhir di Fort Lauderdale, FL pada 9 Maret 2016 dan sebagainya.

Sumber: Fajar







7:49 PM 0

Menyayat Hati! Inilah kata-kata yang hanya mampu terkeluar dari mulut si suami setelah melihat mayat isterinya dalam keadaan amat menyedihkan...Bertabahlah!


“Saya terkejut dan sebak lihat lehernya ada kesan jerut. Saya difahamkan semasa ditemukan, arwah dalam keadaan tidak terurus dan lebam di beberapa bahagian badannya dipercayai dipukul”.

Demikian reaksi suami seorang kerani sekolah agama yang menjadi mangsa rompak dan bunuh di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, di sini semalam.

Faris Jaafar yang bertugas di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram, Johor Bahru yakin isterinya cuba mempertahankan diri dan melawan penyerangnya ketika kejadian itu.

Dia yang berusia dalam lingkungan 30-an dimaklumkan me­ngenai kejadian malang itu lewat petang semalam dan terus bergegas pulang ke rumah.

Bagaimanapun, hatinya luluh apabila diberitahu mayat isterinya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini.

“Ketika melihat mayat isteri buat kali pertama, saya sebak melihat keadaannya. Saya tidak sangka arwah diperlakukan dengan begitu kejam,” katanya ketika ditemui di rumah mayat HPSF, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6 petang semalam, mangsa ditemukan maut oleh jirannya dengan leher dijerut menggunakan tali pengikat langsir selain pintu kereta dan pintu rumah terbuka.

Faris berkata, kali terakhir dia berjumpa isterinya kelmarin dan mereka sempat bersarapan sebelum dia pulang ke Pulada untuk meneruskan tugas seperti biasa.

Sementara itu, abang sulung mangsa, Mohd. Adzrul Jaafar, 31, yang menetap di Taman Maluri, Ulu Tiram memberitahu, dia mengetahui kejadian tersebut pada pukul 6.50 petang semalam sebelum bergegas ke sini bersama-sama ibunya.

“Setahu saya, arwah tidak mempunyai musuh. Saya memang terkejut dengan kejadian ini dan kami sekeluarga tiba di Muar pukul 12 malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke rumah ke­rana siasatan sedang dijalankan,” katanya. -UTUSAN

Sumber: Coretanmalaysiaterkini

7:30 PM 1

Fuyoo...Romantik Betul Kami Tengok! Akhirnya Alyah kongsi juga 2 foto detik-detik suaminya Ramli MS tiup lilin kek untuk sambutan harijadinya ke-51


Agak jarang kita lihat Datin Alyah memuat naik foto beliau bersama suami Dato Ramli MS di akaun Instagramnya.

Malah, kedua-duanya tidak pernah tampak mesra di khalayak ramai dan bersikap profesional dalam kerja mereka.

Namun, beberapa hari lepas Alyah ada berkongsi foto ketika sambutan hari jadi Ramli MS.

Ramai sebenarya peminat Alyah yang teruja kerana akhirnya penyanyi itu mula bersikap terbuka terhadap kehidupan rumah tangganya meskipun hanya memuat naik dua keping foto sahaja.

Kami harap Datin Alyah dan Dato Ramli MS akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat mereka. Syok juga tengok Tok Ram kita mesra dengan isterinya kan? Hehe...



Sumber: Beautifulnara

5:27 AM 0

Ambik Ko Nabil! Akhirnya isteri Ramli MS, Alyah buka mulut beri respon cukup PEDAS setelah seringkali jadi bahan lawak Nabil di Gegar Vaganza 2


Penyanyi, Alyah, 34, mengakui ada ketikanya gurauan pengacara Nabil Ahmad sedikit keterlaluan apabila kerap mengusik dia dan suaminya, Datuk Ramli MS ketika mengacarakan program Gegar Vaganza 2 (GV 2).

Alyah ketika dihubungi, bagaimanapun mengakui belum berkesempatan menonton GV 2 tetapi dia tahu pengacara itu kerap mengusiknya dengan Ramli yang juga juri tetap program terbabit.

“Saya tahu dia selalu mengusik kami. Walaupun kadang-kadang sedikit keterlaluan tetapi saya tetap ambil yang positif,” katanya.

Menurut Alyah, dia tidak mahu melatah atau terasa hati kerana beranggapan itu sebahagian daripada tugas Nabil bagi menghidupkan suasana majlis.

"Saya tahu dia seorang yang gila-gila, jadi tak ada apa perlu diperbesarkan. Mungkin ada orang dia lebih cepat terasa, tapi saya cuma ambil yang positif," katanya.

Menurut penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa ini lagi, suaminya juga tidak pernah bercerita perkara terbabit apabila pulang ke rumah.

"Dari awal perkahwinan hingga sekarang, kami tak pernah mencampuri urusan kerja masing-masing," katanya.

Sumber: Harian Metro

4:38 AM 0

Nazaubillah! Wanita 34 tahun betul-betul gila kerana masak bayinya sendiri dalam oven selama 5 minit, lihat foto-foto apa terjadi kepadanya selepas itu amat mengejutkan


Seorang wanita berhadapan hukuman penjara 26 tahun selepas didapati bersalah memasukkan bayinya ke dalam ketuhar gelombang mikro dan memasak mangsa selama 5 minit.

Dalam perbicaraan kelmarin, Ka Yang, 34, didakwa membunuh Mirabelle Thao-Lo, dua bulan pada 17 Mac 2011.

Thao-Lo ditemui dengan kesan terbakar sebanyak 60 peratus termasuk pembakaran radiasi di organ dalamannya.

Mahkamah menolak kenyataan sebelum ini yang mengatakan dia mengalami sawan jenis epileptic ketika kejadian tersebut.

Pendakwa raya pula menuduh Ka Yang‎ berbohong selepas ahli forensik menemui puting bayi di dalam ketuhar berkenaan.

Menurut akhbar tempatan Sacramento Bee, Ka Yang‎ sedang mendukung bayinya ketika dia diserang sawan.

Ka Yang mendakwa dia pengsan selepas itu dan mendapati bayinya cedera parah di dalam ketuhar.

Detektif memberitahu Ka Yang‎ mengaku berbohong kepada mahkamah dan memberi alasan lain iaitu mempunyai personaliti berbeza.

Peguambela Ka Yang,‎ Linda Parisi cuba meyakinkan mahkamah bahawa wanita itu mempunyai sawan dan tidak sengaja membunuh Thao-Lo.

"Dia tidak pernah mendera bayinya. Dia tiada rekod jenayah sebelum ini," kata Parisi ketika ditemu ramah.

Wakil keluarga Ka Yang‎ mengatakan dia seorang yang lemah-lembut dan 'tidak tahu apa yang dilakukan' (ketika kejadian).

Mahkamah akan menjatuhkan hukuman kepada Ka Yang Disember nanti.

Sumber: Sinarharian