Tetapi ada yang mengatakan bahawa Awal Ashaari mengalami pendarahan di bahagian dalam kepala, kesahihan maklumat ini kami belum pasti samada benar atau tidak kerana hasil imbasan MRI tidak mengatakan yang Awal Ashaari mengalami sedemikian, hanya mengalami bengkak dan lebam di bahagian mulut.
Awal Ashaari menyatakan yang dia merasa sakit di bahagian belakang dan beliau sedang menjalani rawatan oleh Doktor dan menjalani pemeriksaan lanjut sebelum dia dibenarkan untuk keluar wad.
Dalam ststus tersebut;
"Assalamulaikum, saya telah terlibat dengan kemalangan tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Jom Heboh melaka. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius, terima kasih di atas pertolongan semua pihak yang telah mengeluarkan saya dari kenderaan, bawa ke hospital dan rawatan yang diberikan oleh pihak hospital Melaka. Inshallah saya akan diturunkan ke Kuala Lumpur malam nanti. Doakan saya, dan rakan @izuan_mokhtar yang turut sama mengalami kecelakaan ini. Salam, terima kasih."
Berikut ialah dua keping gambar terkini keadaan Awal Ashaari di Hospital Melaka yang agak mengejutkan. Teruk juga lebam dan bengkak di bahagian mukanya.
Sumber ; Manjahitmanis
0 comments:
Post a Comment