"Saya faham, setiap orang ada hak untuk memberikan komen masing-masing. Para juri, memang tugas mereka memberikan kritikan kepada para pelajar di AF2015. Kalau kita lihat di laman sosial, lebih ramai yang memberikan kritikan kerana ianya lebih terbuka, dan semua orang boleh melontarkan pendapat masing-masing.
"Begitu juga dengan saya. Sebagai seorang Pengetua, saya juga berhak untuk bersuara, bagi mempertahankan para pelajar saya," jawab Edry ketika ditemubual.
Ditanya mengenai komen Che Ta yang kadangkala, dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kurang bernas dan kurang membina, Edry ada jawapannya yang tersendiri.
"Saya pun tidak tahu apa yang Che Ta fikirkan. Mungkin dia juga tertekan kerana di kiri dan kanannya, ada Datuk Ramli MS dan Awie. Jadi, mungkin dia merasakan, dia perlu memberikan komen yang sedikit keras. Ya lah. Nanti kalau asyik memberikan komen-komen manis, dia dikatakan memilih bulu pula," ucap pengetua yang juga anggota KRU itu.
Menambah lagi kenyataannya, Edry menegaskan bahawa dia kurang senang apabila orang-orang profesional di dalam industri, melontarkan komen yang tidak profesional ketika memberikan kritikan.
"Saya harap, semua orang boleh bersikap terbuka," katanya ringkas menutup sesi temu bual.
Apa pun, semoga perjalanan program realiti terkenal itu tidak tersekat dek kerana kontroversi sebegini.
0 comments:
Post a Comment