"Jangan kata saya jual negara. Saya tidak akan jual negara, saya Perdana Menteri yang akan dipertanggungjawab atas apa saja yang saya lakukan. Dan saya terima (dana) pun bukan kerana saya bagi kontrak," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di ibu negara.
Beliau berkata, sebagai Presiden parti, beliau mengutip dana termasuk derma untuk kepentingan parti dan bukan untuk diri sendiri.
"Sebagai Presiden, saya kutip dana untuk kepentingan parti. Zaman dulu saya banyak (beri) pertolongan pada bahagian, haji, banyak rumah pulih, bahagian dapat tiap bulan, pentadbiran. Jangan bila saya diserang kita tuang minyak.
"Sebab itu SPRM sudah kata, itu bukan rasuah dan bukan duit 1MDB. Selesai. Ia dah selesai," ujarnya.
Najib juga mengulangi beliau sedia untuk membentangkan akaun UMNO jika pembangkang sedia untuk melakukan perkara sama.
"Pembangkang jangan tuduh sahaja. Bila pilihan raya, (jumlah) bendera pun kalah kita (dengan pembangkang). Tuan-tuan ingat itu (bendera) percuma ke? Mengarut. Mereka (pembangkang) ada 'punca'. Jadi sama-sama kita bentangkan," katanya.
0 comments:
Post a Comment