Tersentak dengan surat itu, p0lis membuat siasatan walaupun, pada awalnya sukar mempercayai dakwaan tersebut kerana surat itu hanya dianggap surat layang. Siasatan dimulakan, rumah Madame M0nnier digeledah dan pada peringkat akhir p0lis telah memecah masuk ke sebuah bilik yang didakwa menjadi tempat kurungan se0rang wanita selama 25 tahun itu. Melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, mereka terhidu bau busuk. Dalam bilik yang gelap tanpa sebarang pencahayaan, pasukan penyelamat melihat kelibat se0rang wanita tanpa pakaian yang duduk di atas tilam jerami yang hampir reput.
Wanita itu tampak penuh ketakutan, badannya kurus kering, persekitarannya dipenuhi najis dan sisa-sisa makanan. Udara di dalam bilik sempit itu sangat busuk sehingga menyukarkan pasukan penyelamat untuk bernafas. Mereka segera mengangkat wanita malang itu keluar dari bilik kurungannya. Tanpa membuang masa, wanita itu dibawa ke h0spital untuk dirawat. Ketika dirawat d0kt0r meramalkan bahawa wanita itu tidak dapat hidup lama dan ketika dirawat wanita itu hanya mempunyai berat sebanyak 55 paun. Selepas terb0ngkar mengenai kisah wanita itu, abang serta ibunya ditahan. Penyiasatan dilakukan ketika siasatan dijalankan, satu persatu rahsia terungkai.
Semuanya bermula 25 tahun lalu sebelum Blanche ditemui. Ketika itu Blanche jatuh cinta dengan se0rang peguam miskin. Ibunya Madame L0uise menentang hubungan cinta itu kerana baginya anaknya tidak sesuai bercinta dengan 0rang yang tidak setaraf dengan mereka. Blanche dikurung akhirnya.... masa berlalu, Blanche kini bukanlah se0rang anak gadis seperti dahulu, kekasih yang menyebabkan dia dikurung pula sudah meninggal dunia pada 1885. Abang Blanche, Marcel dalam kenyataan pembelaannya mendakwa Blanche mengalami masalah mental. Namun ia disangkal beberapa saksi yang mendakwa sering terdengar suara rayuan meminta dibebaskan dari bilik bawah tanah tersebut.
Sementara ibu Blanche hanya ditempatkan di bilik sakit kerana menderita sakit jantung. Ibunya mati beberapa lama kemudian, dia dikatakan hanya mengucapkan 'ah anak ku Blanche' berulang kali kepada d0kt0r yang merawatnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Manakala abangnya Marcel dibebaskan dari penjara di atas kenyataannya kepada mahkamah bahawa dia tidak pernah mencederakan adiknya secara fizikal dan hanya menurut perintah ibunya.
Tanda tanya siapa yang mengirim surat itu hingga membawa kepada penemuan Blanche masih kekal misteri sehingga hari ini. Meninggal di h0spital Sementara Blanche walaupun sudah mendapat rawatan kekal sakit dan mempunyai masalah mental, dia akhirnya meninggal dunia pada 1913 di H0spital Psikiatri Bl0is, 12 tahun selepas diselamatkan. Sehingga kini kisah wanita malang ini terus menerus meniti di bibir penduduk tempatan. Kerana cinta dengan si miskin akhirnya Blanche menjadi mangsa kekejaman keluarga sendiri.
0 comments:
Post a Comment